Tuesday, 26 November 2013

TUGASAN MICROSOFT ACCESS








1.DEFINISI PANGKALAN DATA

1.1. DEFINISI 1

Pangkalan data merupakan himpunan data – data yang berkaitan dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi Sistem Pangkalan Data (SPPD) adalah satu system yang membolehkan penggunaan entakrif mencipta ,menyusun,mengemaskini,mengurus dan menyelenggarakan pangkalan data ( SPPD) turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.

 ( sumber :http://www.slideshare.net/shakinahumar91/pengenalan-kepada-pangkalan-data-bab1 )


1.2 DEFINISI 2
Pangkalan Data adalah merupakan sekumpulan data atau maklumat mengenai sesuatu topik ataupun tujuan tertentu yang mempunyai hubungan logikal di antara satu samam lain.Ia disimpan sebagai satu sistem simpanan data yang tersusun dalam bentuk elektronik bagi memudahkan proses capaian oleh satu atau lebih aturcara penggunaan.

( sumber : http://www.scribd .com/doc/24445682/Apa-Itu-Pangkalan-Data )

Konsep pangkalan data timbul hasil daripada keperluan untuk membina sistem pemprosesan data yang banyak bagi menyokong aplikasi-aplikasi di organisasi yang memerlukan.Organisasi ini memerlukan system pemprosesan data untuk menyimpan data tentang aktiviti harian mereka dan interaksi mereka dengan persekitaran luar.

 ( sumber : http://www.slideshare.net/shakinahumar91/pengenalan-kepada-pangkalan-data-bab1 )


2.FUNGSI / KEGUNAAN PANGKALAN DATA



2.1: FUNGSI DAN KELEBIHAN

Maklumat yang disimpan akan lebih tersusun dan teratur dan ini akan memudahkan untuk mencapai, menambah, membuang dan mengemaskini sebarang maklumat yang ada. Sistem ini lebih selamat diguna pakai baik dari segi keselamatan nya juga.

I.   Pangkalan Data dapat memudahkan pencarian maklumat, proses yang    dilaluilebih cepat berbanding kaedah tradisional yang digunapakai pada masa dahulu.

II. Maklumat-maklumat penting dapat disimpan dengan lebih selamat jika berlaku perkaraperkara yang tidak diingini. Sebagai contoh, kebakaran, kecurian maklumat, fail penyimpanan rosak dan sebagainya.

III. Penggunaan Pangkalan Data juga dapat menjimatkan ruang pejabat iaitu tidak perlu menyediakan ruang penyimpanan fail-fail maklumat. Dengan ruang pejabat yang lebih besar, pekerja akan merasa selesa ketika bekerja, ini secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti syarikat.

IV. Penjimatan dari segi kos kertas dan penyediaan ruang penyimpanan yang berhawa dingin dan setiap maklumat yang terkini dapat dicapai dengan mudah kerana kegagalan penyampaian maklumat terkini akan memberi masalah yang besar.

V. Mengawal ulangan-elakkan pembaziran ruang storan, tenaga dan kos serta mengurangkan percanggahan data yang sama. Berkongsi data dan membenarkan ramai pengguna mencapaimaklumat yang dikehendaki dalam satu masa yang sama serta mengawal penggunaan pangkalan data kepada pengguna yang hanya diberi kebenaran.

(sumber :  : : :http://rezzennross.comze.com/Assignment/PDF%20@%20ICT/apa%20itu%20pangkalan%20data.pdf )


2.2 : CONTOH PANGKALAN DATA

Penggunaan Pangkalan Data dalam Bank dan Institusi Kewangan

Pemprosesan data yang melibatkan akaun-akaun simpanan, simpanan tetap,
pinjaman, pelaburan, analisis keuntungan dan sebagainya adalah antara operasi organisasi-organisasi kewangan. Langkah-langkah yang digunakan adalah piawai dan berulangan. Penggunaannya dalam institusi kewangan ini meliputi aktiviti pemindahan wang secara elektronik
Contohnya sebuah bank mempunyai terminal di setiap cawangannya di seluruh negara dan juga di pasaraya, stesen minyak, sekolah, kilang, rumah, hotel, dan sebagainya. Majikan akan memindahkan gaji ke dalam akaun pekerjanya dengan memasukkan nombor pengenalan pekerjanya seterusnya wang gaji dipindahkan ke dalam akaun pasaraya, hotel, atau stesen minyak apabila membuat sesuatu pembelian.
Ternyatalah tujuan utama penggunaan Pangkalan Data dalam institusi kewangan dapat membantu dalam menyusun segala urusan pelanggan serta menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap.

Penggunaan Pangkalan Data Dalam Bidang Pendidikan

Kini dalam era dunia sains dan teknologi yang semakin canggih, Pangkalan Data mungkin mengambil alih peranan buku dalam menyimpan data-data dan sumber maklumat lain yang berkaitan, contohnya pendaftaran pelajar, penjadualan kelas, pemprosesan keputusan peperiksaan, penyimpanan peribadi pelajar dan guru boleh
dilaksanakan oleh Pangkalan Data dengan berkesan dan cepat dalam membantu pihak pentadbiran.
Kini keputusan SPM dan STPM turut diproses oleh sistem tersebut. Di IPT juga tugas-tugas pengautomatikan pejabat, pemprosesan keputusan peperiksaan dan pelbagai lagi tugas-tugas yang berkaitan dengan Data dapat dilaksanakan dengan mudah. Oleh itu Pangkalan Data kini sangat dititikberatkan dalam pelbagai bidang dan hampir kesemua Organisasi-organisasi mengunakannya.

(sumber  :http://rezzennross.comze.com/Assignment/PDF%20@%20ICT/apa%20itu%20pangkalan%20data.pdf )


2.2.1 : Pangkalan  Data di Bank





Dengan menggunakan sistem perbankan secara online ianya dapat memudahkan urusan pengeluaran.Kemasukan duit juga dapat dilakukan dengan cepat dan menjimatkan masa.



2.2.2 : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah(SAPS)







Sistem SAPS merupakan sistem analisis data standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran yang menilai dan mengikuti prestasi pelajar sekolah tanpa mengira sama ada sekolah itu di bandar atau di luar bandar. Dengan adanya sistem ini, ianya dapat memudahkan para pelajar untuk menyemak keputusan peperiksaan masing-masing.


( sumber :
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/11420-sistem-analisis-peperiksaan-sekolah-saps-untuk-nilai-prestasi-murid-.html )


2.2.3: Tempahan Tiket Kapal Terbang








Dengan menggunakan sistem tempahan tiket secara online ini ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan urusan untuk membeli tiket. Kita tidak lagi ke kaunter tiket untuk membeli tiket. Pembelian boleh dilakukan dari mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa perlu keluar dari rumah.



2.2.4 :  Sistem Pinjaman Buku




Menjadi masyarakat berpengetahuan dapat menjana tranformasi negara yang cemerlang, perkhidmatan penyampaian maklumat yang inovatif telah memberi laluan kepada sumber pengetahuan, seterusnya menggalakkan pengalaman pembelajaran sepanjang hayat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Sistem pinjaman buku secara online ini membawa berita baik bagi dunia penyelidikan dan kesarjanaan untuk mendapatkan akses tanpa sempadan kepada koleksi keilmuan yang meluas buat sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada.


2.2.5 :  Sistem Maklumat Pelajar





Sistem pengurusan maklumat pelajar yang dibangunkan ini dapat membantu pengurusan dan pentadbiran institusi dengan lebih cekap. Segala tugas diambil alih oleh komputer mikro. Ianya dapat memudahkan urusan pemantauan pelajar secara lebih sistematik. Semua maklumat pelajar juga disimpan dan capaian dengan lebih cepat.  Selain dari itu, dapat mengurangkan penggunaan kertas secara optima dengan mewujudkan konsep “paperless”. 


( sumber :
http://eprints.utm.my/10878/1/Pembangunan_Sistem_Pengurusan_Maklumat_Pelajar.pdf )




3.FUNGSI DAN KEGUNAAN MICROSOFT ACCESS

Microsoft Access merupakan salah satu komponen perisian pangkala data yang diintegrasikan bersama ke dalam perisian Microsoft Office. Microsoft Access XP mengandungi koleksi table, query, table, form, report dan page yang sering digunakan dalam penyelenggaraan serta menguruskan data. Komponen atau elemen ini dinamakan database objek


Langkah – langkah untuk membuka Microsoft Access

Langkah 1: Klik Butang Start ~ Klik All Program ~ Klik Microsoft Access







( sumber :
http://www.slideshare.net/apai_09/7150099-nota-access-1711592 )


3.3.1 : TABLE ( JADUAL)

Sebagai satu dari empat komponen utama MC Access yang mengorganisasikan maklumat mengikut kategori tertentu ke dalam bentuk –bentuk lajur-lajur yang dinamakan sebagai medan atau fieid.
Digunakan untuk menympan data seperti nama,tempatdan harga.Merupakan elemen asas dalam pangkalan data.Kombinasi beberapa medan ( field ) membentuk rekod ( records ) yang memberi maklumat yang berkaitan








( sumber :
http;//rosseni.files.wordpress.com/2010/12/computer-dalam-pendidikan-2-versi-5-8-10-101.pd)



3.3.2: FORM ( BORANG )

Memudahklan kerja –kerja memasukkan data dimana sebagai contoh kita tidak perlu memasukkan maklumat yang sama pada ketiga-tiga jadual system maklimat pangkalan data sehingga tiga kali.
Borang digunakan untuk memaparkan data dalam bentuk interaktif yang kemas dan menarik.Selain itu,borang juga boleh digunakan untuk mencari,menghapus,menambah dan mengemaskini data.







( sumber :
http;//rosseni.files.wordpress.com/2010/12/computer-dalam-pendidikan-2-versi-5-8-10-101.pd)


3.3.3: REPORT ( LAPORAN )

Memudahkan proses mencetak atau melihat keseluruhan data yang disimpan di dalam sesebuah pangkalan data yang telah dibina.  Digunakan untuk memaparkan atau menghasilkan laporan yang menarik.






( sumber :http;//rosseni.files.wordpress.com/2010/12/computer-dalam-pendidikan-2-versi-5-8-10-101.pd )


3.3.4: QUERY ( PERTANYAAN)

Digunakan untuk melihat, mengubah dan menganalisa data dalam pelbagai cara dimana dengan menggunakan query ini kita dapat mengolah data dari beberapa buah jadual yang berhubungan antara satu sama lain mengikut keperluan Digunakan untuk mencari data yang terdapat di dalam sesuatu pangkalan data dengan kadar yang segera dan mudah.



(sumber : http;//rosseni.files.wordpress.com/2010/12/computer-dalam-pendidikan-2-versi-5-8-10-101.pd )




4.TUTORIAL



4.1: TABLE ( JADUAL )
  
Membuat Table

 Untuk membuat  table, langkah-langkahnya adalah sebagai berikut :

1. Biasanya ketika telah membuat database baru, akan muncul arahan untuk membuat table. Jika tidak ada, klik Create, pilih Table.

2. Lengkapkan jadual (table) yang perlu beserta item-item yang dikehendaki.

3. Simpan




( sumber : http://cikgufairus.blogspot.com/2009/04/asas-penggunaan-microsoft-office-access.html )


4.2: FORM ( BORANG )


 Membuat  Form
Form berfungsi untuk memasukan data dan memaparkan data agar kelihatanlebih baik dan menarik. Langkah-langkah untuk membuat form adalah :\
1. Klik Create
2. Pilih More Forms
3. Pada Form Wizard, akan terpapar gambar seperti di bawah dan ambil item pada Available fields dan klik   pada anak panah ke kanan untuk masukkan data ke kotak Selected fields.
4. Kemudian klik NEXT pilih layout kemudian NEXT, pilih STYLE kemudian NEXT tulis title contoh (
5. Kemudian isi borang dengan maklumat yang ingin anda isi. Klik Finish.





  • ( sumber :http://cikgufairus.blogspot.com/2009/04/asas-penggunaan-microsoft-office-
    access.html )


    4.3: REPORT ( LAPORAN )

    Membuat Report
    Report digunakan untuk memaparkan hasil data yang telah dikumpul. Langkah-langkahnya :

    1. Klik Create
    2. Pilih Report Wizard
    3. Pada Form Wizard, pindahkan semua data, kemudian klik next
    4. Pilih komponen yang diingini untuk membuat report.
    5. Klik Finish




  • ( sumber :http://cikgufairus.blogspot.com/2009/04/asas-penggunaan-microsoft-office-access.html )



    4.4: QUERY ( PERTANYAAN )


    Membuat Query
     Berikut  adalah langkah-langkah membuat Query dengan Query Wizard :

     1.Buka File DataBase yang dimiliki kemudian pilih Toolbar Create kemudianKlik pada   Query Wizard.
     2. Kemudian akan muncul kotak New Query, lalu pilih Simple Query Wizard, klik Ok.

     3. Kemudian pilih table yang diperlukan pada pilihan Table / Query.
     4. Keterangan :
         Klik > untuk memilih field yang diperlukan dalam Query.
         Klik < untuk membatalkan. 
          Klik >> jika memerlukan semua Field yang ada.


    5. Klik Detail Show Every Field of Every Record atau Summary. Kemudian klik Next akan muncul tetingkap baru kemudian letakkan nama pada Query yang telah dibuat dan pilih Open The Query to View Information,

    6. Klik finish.


  • ( sumber :
    http://cikgufairus.blogspot.com/2009/04/asas-penggunaan-microsoft office-
    access.html )


    KESIMPULAN

    Microsoft Access adalah aplikasi pangkalan data paling popular untuk Windows. Ianya merupakan pangkalan data sistem pengurusan dari Microsoft yang menggabungkan hubungan Microsoft Jet Database Engine dengan antara muka pengguna grafik dan alat perisian pembangunan.  Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk mewujudkan pangkalan data alat yang menyimpan maklumat dalam struktur yang kemas dan tersusun. Maklumat yang disimpan dalam pangkalan data Access boleh dilayari, dicari, dan diakses dari program-program lain, termasuk perkhidmatan web.Dengan menggunakan microsoft access ini,ia memudahkan kerja - kerja seperti menyimpan data,mengemaskini data,menghasilkan laporan dan mencari data dengan kadar yang segera dapat dilakukan.




No comments:

Post a Comment