Monday, 1 April 2013

Kuih Bunga Tanjung





Selain daripada  makanan tradisional yang saya paparkan di atas, sebenarnya saya juga menggemari sejenis kuih yang bernama Bunga Tanjung. Setahu saya,ia berasal dari negeri kelantan.Kuih bunga Tanjung ini biasanya dijumpai apabila tibanya bulan Ramadhan.Berikut saya kongsikan resepi membuat kuih Bunga Tanjung.Supaya dapatlah sama-sama kita membuatnya dan bagi mereka yang tidak pernah mengenali dan merasainya,bolehlah  mencubanya.Pasti enak..
 
Bahan-Bahan :
  •    10 biji kuning telur itik
  •     1kg gula pasir
  •   500ml air
  •   100gm tepung beras
  •   2 helai daun pandan
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  •   1 sudu teh pewarna oren- jika suka

Cara-Cara :
  • Satukan tepung pulut dan tepung beras kemudian sangai tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan ketepikan.
  • Masak gula bersama air sehingga mendidih, masukkan daun pandan dan bunga cengkih dan biarkan separuh pekat. Keluarkan daun pandan.
  • Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan ke dalam tepung yang disangai sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut.
  • Cubit adunan menggunakan 3 hujung jari dan bentukkan seperti buah tanjung.
  • Masukkan kedalam air gula, masak sehingga meresap, barulah diangkat.
  • Boleh disajikan

No comments:

Post a Comment