Thursday, 28 March 2013

Makanan Tradisional Pelbagai Kaum

Seperti yang kita sedia maklum, makanan tradisional untuk kaum-kaum di Malaysia ini kebanyakannya disajikan semasa perayaan-perayaan utama sesuatu kaum ataupun sebagai hidangan harian keluarga. Ia juga terdiri daripada makanan utama hinggalah kepada hidangan pencuci mulut.





JUADAH PERAYAAN BAGI KAUM MELAYU
Bagi kaum melayu, antara juadah utama yang disediakan untuk menyambut perayaan Hari Raya samada Aidil Fitri atau Aidil Adha ialah lemang,ketupat pulut atau ketupat nasi.Ia merupakan makanan utama yang dimakan bersama rendang ataupun kari atau serunding.
 
 Ketupat nasi , lemang dan ketupat daun palas


                                   Pelbagai jenis rendang dan serunding



JUADAH PERAYAAN BAGI KAUM CINA
Seperti kaum-kaum lain mereka juga mempunyai perayaan-perayaan tersendiri dan seringkali dikaitkan dengan makanan utamanya seperti..


Tahun Baru Cina:
Antara juadah yang sering disaji yang menjadi tradisi kaum Cina di Malaysia ialah Yee Sang yang merupakan campuran sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan warna-warni yang membawa maksud kemakmuran kepada mereka.Disamping itu mereka juga menyediakan kuih muih seperti kuih bakul,kuih kapit dan limau Mandarin untuk tetamu yang bertandang.

Selain dari itu,terdapat juga kuih Bulan ataupun Mooncake Festival yang disambut pada hari ke 15 bulan ke 8 kalender lunar.Kuih bulan ini sejenis kuih yang manis mengandungi pelbagai inti seperti kacang merah ataupun telur asin.Kini di Malaysia terdapat pelbagai versi dan bentuk malah ada juga yang Halal untuk dimakan oleh orang melayu disini.


MAKANAN TRADISIONAL BAGI KAUM INDIA


Hari Deepavali


Apabila tibanya perayaan Deepavali,masyarakat india akan menyediakan  beberapa jenis juadah kuih-muih yang disajikan untuk tetamu yang datang bertandang seperti murukku,candi kelapa,laddu dan macam-macam lagi dengan kepelbagaian rasa.Ada yang manis dan ada yang pedas.

                                      Makanan nasi kaum India di Malaysia



                                  Kuih muih tradisional kaum India di Malaysia










No comments:

Post a Comment